SAINS AWAL KANAK-KANAK (ENGLISH)

PENERANGAN SAINS AWAL KANAK-KANAK 

Sepertimana kita belajar mengira atau membaca, mempelajari sains juga merupakan sebuah proses sepanjang hayat. Kanak-kanak daripada semua peringkat umur akan mendapat manfaat daripada pendedahan kejadian yang berkaitan sains. Mereka perlu digalakkan untuk menyelami dunia secara keseluruhannya, menerangkan mengenai apa yang mereka lihat, bertanyakan soalan mengenainya, mengulangi pengalaman itu, serta berfikir mengenai kenapa kejadian itu berlaku.
Apabila kita tidak mendedahkan sains awal-awal lagi kepada kanak-kanak, kita seolah-olah memberi gambaran kepada mereka bahawa sains itu adalah sukar. Jika kita mahu anak-anak kita untuk cemerlang di sekolah menengah, kita perlulah merangkumkan pelajaran Sains ke dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.Pendedahan kanak-kanak kepada aktiviti sebelum eksperimen seperti mengumpulkan batuan, melantunkan bola, membaca mengenai dinosaur, serta memasak (yang semuanya adalah aktiviti sains), akan mendedahkan mereka dengan perbendaharaan kata yang diperlukan untuk membincangkan idea-idea mereka untuk bertanyakan soalan dan mencari jawapan – semuanya merangkumi mana-mana kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

CONTOH VIDEO DAN GAMBAR MENGENAI "BODY PARTS" UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH DALAM BAHASA ENGLISH.

Rajah1: Gambar body parts.



Rajah2: Video mengenai "Body parts".


Rajah3: Lebih terperinci kepada "Body parts" 

Comments

Popular posts from this blog

KONSEP AWAL MATEMATIK DI PRASEKOLAH

ENGLISH

SENI DAN KRAF