KONSEP AWAL MATEMATIK DI PRASEKOLAH
konsep awal matematik di peringkat pra sekolah terbahagi kepada :
Konsep Nombor
- Asas sepuluh – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan.
- Penggunaan sifar – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud.
- Mempunyai nilai tambah
- Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.
Operasi Nombor
- Pengalaman konkrit – operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol.
- Konteks penyelesaian masalah
- Satu situasi penyelesaian masalah diberi.
- Penggunaan bahasa yang betul
- Bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna.
Operasi nombor terbahagi kepada 2 iaitu :
(a) Operasi Tambah
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.
Contoh:
- Menggunakan objek konkrit.
- Menggunakan bahasa yang betul. Contohnya Tiga tambah lima sama dengan lapan.
- Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
- Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut. 3 + 5 = 8
· Pemisahan (separation)
– Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan rumah Ali oleh sebatang jalan raya.
· Susunan / urutan (order)
– Contohnya, pensel disusun dari pendek ke panjang.
· Lingkungan (enclosure)
– Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh pokok-pokok.
- Pranombor
- Nombor
- konsep nombor
- konsep ruang
PRANOMBOR
terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu :
- pengelasan
- perbandingan
- padanan satu dengan satu
PENGELASAN
- Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. tujuannya untuyk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan :
- Satu ciri ( contoh: warna atau bentuk atau saiz )
- Dua ciri ( contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz )
- Tiga ciri ( contoh: warna, bentuk dan saiz )
- Negatif ( contoh: Objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu )
- kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susuan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz , warna corak dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.
- Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor:
- Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap
- memilih dan membanding
- Mengumpul
- Memilih semula,
- mengasingkan Kumpulan dan
- Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.
PERBANDINGAN
- Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan. Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitati f dan kualitatif dua objek. tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasi konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi
- contoh perbandingan: Membandingkan
- Ukuran
-Panjang : pendek
-Tinggi : rendah
-Tebal : Nipis
2. Saiz
- Besar : Kecil
3. Berat
- Berat: ringan
4. Bilangan/ Kuantiti
- Banyak : sedikit
5. Jenis Objek
- Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadam objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk,bilangan,pasangan dan sebagainya, Objek dengan nombor dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simnol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.
NOMBOR
- Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks. Nombor boleh dipecahkan kepada :
- Membilang
- Konsep nombor
- Operasi nombor
Membilang
- Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah;
- Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor,
- Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1, 2, 3,... dan seterusnya,
- Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang, dan
- Order Irrelevance (ketak berkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari manamana kedudukan.
- Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip tersebut.
Konsep Nombor
- Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.
- Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu;
- Asas sepuluh – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan.
- Penggunaan sifar – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud.
- Mempunyai nilai tambah
- Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.
Operasi Nombor
- Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya. Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;
- Pengalaman konkrit – operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol.
- Konteks penyelesaian masalah
- Satu situasi penyelesaian masalah diberi.
- Penggunaan bahasa yang betul
- Bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna.
Operasi nombor terbahagi kepada 2 iaitu :
(a) Operasi Tambah
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.
Contoh:
- Menggunakan objek konkrit.
- Menggunakan bahasa yang betul. Contohnya Tiga tambah lima sama dengan lapan.
- Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
- Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut. 3 + 5 = 8
(b) Operasi Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau
pengertian seperti berikut:
- Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
-Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan
melibatkan perbezaan.
-Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal. Nyatakan berapa yang perlu ditambah kepada 3 untuk mendapat 8. ?+ 3 = 8
Konsep ruang

- Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam. Kedudukan relatif;
· Pemisahan (separation)
– Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan rumah Ali oleh sebatang jalan raya.
· Susunan / urutan (order)
– Contohnya, pensel disusun dari pendek ke panjang.
· Lingkungan (enclosure)
– Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh pokok-pokok.
- Dua pengalaman utama bagaimana kanak-kanak prasekolah membina dan memahami perkaitan ruang
- Tindakan ke atas objek
- Mengisi dan mengosongkan,
- Memasang dan meleraikan objek,
- Menukar bentuk dan menyusun objek
- Contoh: meregang getah, melonggokkan buku, melipat kertas, kain dan lain-lain lagi. Murid menghasilkan bentuk menggunakan papan geo (geoboard).
- Memerhati orang lain, tempat dan benda daripada titik pandangan ruang yang berbeza.
- Mengalami dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak di dalam kelas prasekolah dan bangunan di persekitaran.
- Mentafsir perhubungan ruang dalam lukisan, gambar dan foto.
Comments
Post a Comment