SENI DAN KRAF


   Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti-aktiviti seni dan kraf ini adalah sesuai dan berkesan untuk membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Seni Visual untuk kanak-kanak merangkumi aktiviti menggambar,aktiviti membuat corak dan rekaan serta aktiviti bentuk binaan.

Tujuannya adalah : 
•   Meningkatkan kreativiti kanak-kanak
•   Mengenal dan mengaplikasi bahan seni
•   Mengekspresi kreatif
•   Mengapresiasi seni di persekitaran dan keindahan alam
•   Mencungkil bakat kanak-kanak

Aktiviti menggambar kanak-kanak
Rajah 1 

Aktiviti menggambar kanak-kanak bermula dengan contengan, melukis jenis-jenis garisan dan jenis-jenis bentuk serta menggunakan gabungan jenis-jenis garisan dan jenis-jenis bentuk. Jenis-jenis garisan yang digunakan terdiri daripada garisan berbiji, garisan berlingkar, garisan lurus, garisan putus-putus, garisan beralun, garisan bergetar, garisan bergerigi, garisan berduri, garisan berbulu dan garisan bertitik serta jenis-jenis bentuk yang digunakan terdiri daripada bentuk bulat, bujur, bentuk segi empat sama, bentuk segi empat tepat dan segitiga. Aktiviti mengenal warna dan campuran warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder, warna tertier, warna sejuk dan warna panas. Aktiviti-aktiviti menggambar adalah sesuai untuk kanak-kanak berkreatif dan berkebolehan untuk aplikasi, ekspresi dan apresiasi seni. Aktiviti menggambar yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, catan, kolaj, cetakan, resis, gosokan, percikan, gurisan, capan, mozek, montaj dan stesilan.

 Aktiviti membuat corak dan rekaan kanak-kanak
Rajah 2 


Aktiviti membuat corak dan rekaan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. 


Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak
Rajah 3 


Aktiviti bentuk binaan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng muka dan origami.  Aktiviti kraf tradisional juga diperkenalkan membantu kanak-kanak mengenal jenis-jenis kraf tradisional yang berunsur budaya pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Contoh pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia ialah baju kurung, baju Melayu, cheongsam, samfu, sari, kurta, baju Punjabi, pakaian kebaya, kain songket Melayu Sarawak, tengkolok bulu burung, topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar kaum Bajau dan tengkolok suku kaum Lotud.  Contoh alat muzik tradisional pelbagai kaum di Malaysia pula ialah serunai, rebab, kompang, rebana, angklung, gong, erh-hu, pipa, gendang, tabla, sitar, tempura dan satong. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak seperti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan untuk kanak-kanak merupakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan berkesan untuk membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.










Comments

Popular posts from this blog

KONSEP AWAL MATEMATIK DI PRASEKOLAH

ENGLISH